Tuesday 15 July 2014

cucur udang

Kasi belanja satu gambar before berbuka

Cucur udang ni resepi dr turun menurun boleh dikatakan

Dr zaman ak kecik da start ada, boleh dikatakan semua anak2 perempuan mak aku tahu mcm mana nak buat cucur udang ni. Kecuali abang aku la. Dia dikecualikan.
Sebb daun bawang dgn serai pun dia tak dpt kenal pasti lagi perbezaannya.

Senang je bt cucur ni. Takde la istimewa sgt.
Bahan pun boleh dpt kat malaysia. Xyah g membeli sampai indon yew


Bahan-bahan :
Tepung gandum
Telur
Udang
Bawang besar dihiris cecomel
Daun bawang dipotong2
Tauge
Air


Simple je kan bahan2 dia..
Budak tabika pun  mampu buat

Ok korang selamat berbuka deh..

Opsss lupa rahsianya (kitaorg xletak gula or garam) rasa asli dr bahan2 td


Monday 14 July 2014

buku muhd kamil ibrahim

Selesai dah berbuka dan berterawih. Sering kali aku mengingatkan diri aku tiap kali melakukan ibadah. Apa perbuatan yg kita lakukan adalah medium utk kita mendapat keampunan dr Allah. Dulu time zaman2 tak pandai ilmu agama, mmg aku fikir time bln puasa kejar pahala terawih.. kejar pahala menderma, kejar pahala berzikir.. tp tak pernah capai dek otak aku ni segala aku buat ini adalah tuk mendapat keampunan dr Allah. Yela, kita manusia.. boleh dikata setiap minit kita mungkin akan ada je dosa melekat kat tubuh2 badan kita ni ha..

Korg jgn kata aku memandai buat ceramah sendiri eyh.. alhamdullillah diberi kesempatan dengar ceramah dr ustaz hariyanto. Aku sempat tanya kat mak, nape nama dia mcm tu. Dgn selamba mak aku jwb dia org jawa. Ak caya je la.. walau was2 tahap 8. Ada la sikit kesedaran lepas dtng kuliah2 mcm ni.tambah la sikit ilmu agama tu.kalau tak dok kejar amalan tp xtau sebab apa. Hahaha

Ajak la mak selfie sikit lepas kuliah, amboi2 mak... suke dah ye selfie sejak2 pencen ni..

Berbalik pada tajuk, mcm jauh sgt dgn tajuk dah aku ni. 

Benarnya,aku nak cerita ttg buku dr prof muhd kamil ni. Yg membeli k.long aku. Dia suka membeli.aku suka membaca. Malam2 before tido aku mesti pegang buku ni and baca. Kalau tak larat sgt2 aku nengok je la ha dr jauh.

Penuh pengisian. Penuh makna. Penuh liku kehidupan. Dugaan demi dugaan dilaluinya tp Allah permudahkan satu persatu.


"Syurga merupakan pilihan yang tidak boleh dibiarkan berlalu, ia sepatutnya diraikan dengan mereka yang kita cintai"

bulan ramadhan

Dah sinonim sgt bila kita berpuasa bulan ramadhan, kita kaitkan dengan terawih, juadah berbuka dan zakat. Ni da separuh ramadhan da pun kan. Tinggal separuh lagi, moh la mengejar keampunan dr Allah sebelum syaitan2 iblis2 terlepas ikatan ye..
Nak cerita sedikit la betapa havocnya famili aku berbuka. Al-maklumlah berbuka reramai... mmg kecoh habis meja makan. Makan tak kecoh, yg borak yg kecoh ha...

Alhamdullillah, setakat ni mmg semua masakan adalah dr dapur mak... mmg delicious la habaq kat hangpa kan... meh tgk meh kalau tak caya kan.. kann...

Belum raya, dah request rendang ayam dgn mak, mak pun layankan je... aku lagi la layan time makan, makan dengan roti pun dah rasa nikmat.

Ikan ni mmg kegemarann satu famili, ikan bawal masak merah. Tp paling suka makan mesti la abg aku. 

Ni kesukaan abah den, kari ikan tenggiri. Aku pun suka sbb ikan ni tak byk tulang. So mmg zasss je makan.

Haa ni aki request lagi. Akibat aku ni pembantu chef mmg kuasa menu harian mmg terletak kat tgn den.. so famili ak yg lain.. hadap je la apa adik korg request yee
Sayur ak request jgn trlalu lembik, sbb aku suka bila rangup2 bila dlm mulut.

Ni pun aku request jgk. Kiranya mmg ak la tentukan menu sebenarnya.most of the time

Da la.kang aku letak gambar2 lg.. mcm mana kami sambut ramadhan bersama. Da pkl 5 ni menandakan pembantu chef kena masuk dpur before chef masuk..


Selamat berbuka ye nanti

Rindu nak berblog. Saja buat quick update