Monday 27 January 2014

Suriani dental surgery


Assalammualaikum.
3 minggu lepas abah asyik mengadu dia sakit gigi, 
tp bila diajak pergi ke klinik, mula la seribu satu alasan yag diberi, tapi at the end, dia tak tahan sgt, dia sukarela menyerah diri smbil angkat tangan  
mcm biasa, aku je la anak abah mak yg masih bersama mereka,
jadi aku pun bawa abah ke klinik. 
first klinik pergi, pekerja situ kata after raya cina baru doktor free..

perhhh memang menguntungkan bukak klinik gigi
lagi dua minggu kena tunggu.
so aku pun try la pergi klinik yang berhampiran

SURIANI DENTAL SURGERY

aku berpuas hati lepas abah dapat treatment disini, sebb tu aku nak review sikit klinik ni
supaya lepas ni warga AMPANG tahu nak pergi klinik gigi yang mana
yes !!! comfort sgt and bersih
kita pun yakin dengan dktr dia
walaupun nampak muda, tapi dia rileks jew.
bukan senang nak cari dktr yg menyenangkan kita. 

ini kad klinik ni.

jum review sikit gambar2 yang aku sempat snap 




abah after gigi dicabut. see abah pun rilekss jew, dia tak sedar pun doktor da cabut gigi dia
hebat betul doktor ni..

alamat 
9-1, jalan AWF3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor.

or

korang leh telefon dulu utk appoinment 

03-42800231


Tuesday 14 January 2014

FIZIKAL RASULLULLAH

selamat menyambut maulidur rasul semua. alhamdullillah, bukak rancangan TV semuanya menarik2 belaka menceritakan kisah nabi kita, nabi kesayangan kita. masyarakat da mula sedar akan kepentingan agama dan perlu diterapkan dalam kehisupan seharian.

berbalik pada topik, jika ditanya pada kita bagaimana rupa nabi kita oleh org bukan islam mahupun islam, apakah jawapan kita?? mari luangkan sedikit masa membaca sedikit hadis bersama :

Anas bin Malik berkata :

'Rasullullah bukanlah orang yg terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Beliau diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Beliau di wafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yg terdapat di kepala dan janggutnya"

(direkod oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Jabir bin Samurah berkata :

"Rasullullah adalah seorang yang mempunyai mulut yang lebar dan bertumit nipis"

Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat rasullullah :

'Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa lebat"


itulah serba sedikit tentang fizikal nabi kesayangan kita.  mari kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi kesayangan kita di gelar AL AMIN.... semoga kita mendapat syafaat beliau di hari pengakhiran..

segala info ini aku dapat dari buku bertajuk " AS-SYAMAIL AL MUHAMMAD"

Sunday 12 January 2014

telekung siti khadijah


hello hello para pembaca yg membaca blog, alfalifah.blogspot.com .......

alhamdullillah, hari ni nak review sikit telekung yg awesomeee !!! apabila kita menyarungkn sesuatu pakaian pada badan kita, kita mesti nak rasa yakin utk setiap pergerakan yg kita buatkan plus yakin pakaian yg kita pakai tu tak jarang, tak senang nak keluar rambut tepi2 pipi and dahi kita ni... betul tak?? so solutionnya.... meh singgah link ni siti khadijah . kat link ni korg leh tgk material dia, and design2 yg cun2... plus size. size ni memainkan peranan di size muka korang.. selalunya bila yg free size la kita ada problems sikit dgn size kat muka, bila terlampau ketat da macam apa je kan bila nak bercakap, bila longgar2 mula rambut senang terkeluar.

baru2 ni bila mengerjakan umrah dgn family, memang rasa senang sgt memakai telekung ni, kain pun tak tebal dan jarang. so kemana2 dgn telekung ni je. bukan kamu je, ramai okay rakyat malaysia memakai telekung dari siti khadijah... 

harga? hehehe kalau nak banding dgn tepi2 jalannya memang harga dia mcm wowwww..... sikit.. tapi apa salahnya, bukan hari2 kita membeli benda2 mcm ni.. maybe 2 tahun sekali ke.. tuk para suami atau para lelaki2 yg bergelar suami, apa salahnya membeli tuk isteri dan bakal isteri.. pahala masuk poket korg jugak nanti kan.. okay review sikit gambar aku and pamily jadi model tak berbayar

masa ni kami dlm perjalanan ke tana'im utk bermiqat




 ini bukan gambar  drama okay, hahaha masa ni aku tgh doa utk jodoh aku.. sihat ke tak dia? ingat tak pada ALLAH, ingat tak utk berdoa utk pertemuan kami.. aicey...

masa di di jabal rahmah, tempat pertemuan adam dan hawa, tapi tiada dalil yg sahih bak kata ustaz sebb pada masa itu hanya ada ADAM dan HAWA. aku pun tak tahu la..

tapi apa salahnya berdoa.... 

"so awk yg ada dalam doa sy tu, jaga diri baik2"

and ni mesti la partner aku di tanah haram =) 

one and only

along kawasan

Wednesday 1 January 2014

perjalanan menuju ke tanah haram

Assalammualaikum

17/12/13 - kami sekeluarga trmasuk ipar2ku dan semestinya anak2 buah aku telah berangkat menerima                        jemputan dr ALLAH, kami menyahut seruanNya ke tanah haram kota madinah dan makkah.

Kami bertolak dari rumah ke KLIA pada pukul 3.00 ptng, kredit kepada sedara2 kami yg menghantarkan kami sekeluarga ke sana. beg besar tong2 saja 9 buah, plus beg tarik kecil 5 buah kesemua. total kami semua 8 dewasa, 3 kanak2 san 1 baby. so faham2 je la beg dgn org lagi. tugas aku senang je, memastikan bilangan beg dan org cukup bila nak beredar dan sampai. haaa nampak... walaupun takde org suruh, aku mcm sukarela la kan... tuk memastikan xde sapa yg tertinggal. alhamdullillah sepanjang trip, takde org kena tinggal.. good job to me (nampak.. puji diri hahaha).

bila sampai je KLIA, mcm biasa la uruskan beg2 semuakan. dan jadi kebiasaan pula, tiap kali hantar umrah, mesti kami mkn2 dulu kat MCD. hamboi2.. isi perut dulu, sbb flight pkl 8.30 malam. so byk lagi masakan.


tak lupa, bekalan ubat.. kang aku meroyan atas kapal terbang ingat ada org nak layan.. hahaha abg ipar aku layankan je.

biasa la muka2 nak selfie kan... sempat lagi

menunggu train tuk ke bahagian menunggu. aisyah biasa la dgn drama2 pakai selendang hijau


sempat lagi dua beradik ni.. mak tgk pening pale


the end ruangan menunggu.. kak long ak pun konpius, semua camera ada gambar dia paling byk. cchoiiii


yew, melihat telatah kami sebelum pergi mmg mengambarkan kegembiraan. mahu tidaknya, kami pergi sekeluarga, kami pergi dgn org2 yg kami syg, kami pergi menerima jemputan dariNYA. tapi sebalik kegembiraan, aku percaya terselit dlm diri masing2 ketakutan, takut kerana membawa dosa2 yg berguni2 utk ke tanah haram. walaupun ini kali kedua ak menjejaki kaki ke tanah haram, ak tetap berasa takut.. kerana aku bukan manusia yg tidak melakukan kesilapan, terima kasih YA ALLAH.. kerana menjemputku sekali  lagi.

ada masa aku update lagi.