Tuesday 30 September 2014

combo sale hari raya aidil adha by modest culture

Berita baik untuk anda diluar sana, daptkan diskaun sehingga 10% dengan hanya membuat pembelian combo bagi item terpilih sahaja. Jangan lepaskan peluang ini dan miliki busana dari butik Modest Culture yang sememangnya menjadi pilihan ramai wanita muslimah.

Dapatkan segera hanya di butik Modest Culture cawangan KAJANG sahaja !!!




sale sana sini !
baik2 jgn ada yang menjulingkan mata !!
kalau prof muhaya baca ni... tolong la amik sy as a special customer
i think i have all colour from courage collection

itu baru caurage belum cakap yg collection lain
tolong laa bg gift satu helai baju free 
kiki poyo ..
prof mana la ado masa kan nak baca blog ku yg cepet ni

apa2 pun yg berdekatan kajang
mohon shopping bg pihak saya
until
4 oktober 2014 only k !




Monday 29 September 2014

bakal merindui

pejam celik pejam celik
aku tinggal beberapa hari sahaja utk bersama mereka, peluk mereka, usik mereka, mengajar mereka, menari dgn mereka, masak bersama mereka byk lagi la aktiviti dgn mereka

mula berkenalan dgn mereka 31/3/2014
dan aku akan mengakhiri perkhidmatanku pada 10/10/2014
walaupun diberi peluang utk sambung hingga ke akhir sesi persekolahan tahun ini,
tapi 
ALLAH telah membuka pintu rezeki aku utk yg lebih baik
alhamdullillah
syukur sgt

kadang2 cuti 2 hari pun da rindu nak sakat diorg
ni lah masalah perempuan
sensitip bebenar
boleh dikatakan, aku dah hafal semua nama murid pendidikan khas.
tak tersasul kecuali "sahirin" dan "amirin"
aku selalu terbalik kan nama mereka
maafkan cikgu
cikgu memang weng sikit kdng2

dan boleh dikatakan aku rapat dgn mereka
alololo...
bukan dgn aku je
dengan semua org diorg manja and mengedix
tapi satu perangai aku
aku rajin layan diorg selfie.. ni mamat atas ni lagi kaki selfie
kalah aku noks

murid ni tiap kali tangkap gambar memang menepek dibahu jelah
malas yew kau

ni tak leh la landing2 kan
kang org gosip plak kiki

haa budak ini paling suka aku usik sebab dia suka usik aku dulu
cuit sana sini
cikgu cuit awk kang !!!


macam mana tak rindu...
nampak semua tepek kat muka aku nii haaa
 
ni la budak 2 org yg boleh diharap
bg arahan pun senang
senang cikgu nak buli pun adoooo

ohh sebelum terlupa, nak kenalkan pakwe sy dr negara india..
ehemm.. malu plak nak kenalkan
tak jadilah


walaupun tak lama
walaupun tak sampai setahun
tapi aku happy pernah bergelar cikgu kepada mereka
murid pendidikan khas
aku bangga kadang2 dgn diri aku
dan kadang2 aku tak sangka
aku mampu hadapi segala onak duri dalam alam pekerjaan bergelar guru
yg bukan bidang ketika aku belajar di universiti

syabas ALIFAH
sorry la up diri sikit 
kiki
selamat malam


Sunday 28 September 2014

cikgu masakan vs ustazah pilihan

diamanahkan mengajar subjek masakan dan menjadi ustazah pilihan ni bagi aku satu tanggungjawab yang besar. amboi2 da start ayat retis. tak seperti sebelum ni aku diamanahkan menjadi cikgu muzik dan pendidikan moral. memang menari menyanyi je lah budak2 aku.

bab masak no hal, aicey ! 
aku mmg tak power kalau nak dilevelkan dgn chef doktor fazley tu
tapi takat masak, masakan harian aku rasa takde hal lah..

menu yang aku da mengajar untuk budak2 ni setakat ni :

1. roti telur( ni pun kat 2 minggu aku ajar, baru diaorg power.., kalau chef wan tgk nangis tgk budak OKU boleh masak roti telur)
2. biskut batik.
3. burger ayam
4. bancuh air milo/coktail
5. roti cheese 

ohhh.. baru 5 resepi cikgu turunkan rupanya.
asalkan korang happy and dapat makan free...
ni masa masak burger, bila tiba masa penggunaan pisau mmg aku akan double berjaga2.
nak potong timun,bawang,tomato,kobis bagai.
memang suara melambung tinggi.. 
jari cikgu luka takpe... jangan jari kamu 

sesi sapu planta di atas roti burger 

aku jugak memegang watak ustajah
antara tanggungjawab yg tak pernah terlintas dlm hidup aku untuk bergelar ustazah
alhamdullillah aku suka sgt murid2 panggil aku ustazah
rasa keibuan sangat
tapi bila suara tinggi da keluar..
ni bukan ibu ini dah hulk dah

dimulakan dengan pembelajaran mengambil wuduk.
mengambil masa 2 minggu utk mengajar mereka ttg wuduk. 
bab2 membatalkan, rukun2 wuduk, niat wuduk dll
maybe mereka tak secekap kita. setiap kali pembelajaran mesti ada je mereka lupa
mula2 aku marah, tp lepas marah
hehehe kan mereke OKU
tenang alifah

sesi amali solat di surau sekolah



kalau boleh sebelum aku berhenti
aku nak tgk anak2 murid aku ni pandai solat
boleh baca bacaan dalam solat
supaya nanti kat akhirat
aku taknak laaa diorg tarik tgn aku dr masuk syurga sebab tak ajar mereka solat semasa sekolah
biarlah mereka tarik aku ke syurga
mereka2 ni kebykkan ahli syurga
jgn lupa cikgu k nanti
kita masuk syurga sama2

  


Saturday 27 September 2014

ariani eid adha jumbo sale

hello cekebom cekebom...

pepagi jumaat dah dapat spam dr kakakku, yg menguji iman duitku.
aku bukanlah peminat tegar ariani seperti kakak2ku.
aku sekadar menyarung bawal aidijuma/10 ringgit pasar tani/shwal 15 ringgit/rempat kakak2ku&makku

nampak tak jujur disitu?

tapi before ni ariani jugak telah membuat sale sempena merdeka.
terkenan mataku melihat satu pattern dr ariani ni, then apa lagi.. dengan laju2 mengambil sehelai.. hoii22 sehelai pun RM 1++ 
terus taubat nasuha..

sesudah taubat nasuha sempena merdeka day. nampak permainan ariani...
dia boleh buat jumbo sale buat julang2 kalinya.
the best price ever yg ARIANI pernah kuarkan.
murah2 berbanding before less%.
 dah subuh2 kakakku ajak and mntk jadi driverkan..
demi dia ku korbankan tidurku. aicey.....

after balik school, rehat jap. tunggu abah habis solat jumaat.
then terus gerak amik mem besar and askar2nya.
da sampai takde parking plak.
nampak..... betapa sale smpai bt khemah. sebelum ni sale xde khemas plak.
marketing bagus. dr luar je dah... wowww !! murah ni dayah oiiiiiii

hahahaha 
ariani sale diseluruh malaysia, bukan KL je.
so tak kira anda berada di mana, esok bgn pagi sila pergi ARIANI kalau anda peminat tegar mereka...

tapi jgn sakit hati, kalau sebelum tudung anda harga 2++ jadi puluh2 ja...
so grab it now ! BEFORE U HAVE NIGHTMARE

Thursday 25 September 2014

teluk batik, terapi pasir

sambungan trip lumut yg post sebelum ni seperti aku katakan.. wah ayat.. janji manis sgt
sepetang di teluk batik.
happy.. happy.. happy..

aku jenis manusia jarang2 dpt pergi pantai, tu bila dapat jejak kaki kat pasir rasa syok sgt.
yup ! pamily ak mmg jenis ddk rumah, jarang2 bercuti..
sejak abah tak sihat lagilah tak keluar memikirkan kemampuan dan kesihatan abah.
jadi bila ada peluang gini, memang aku la overnya.. dpt tgk pantai,
bau pantai.. lari2 atas pantai. 
amboi retis pulak aku ni..

sampai di pantai, budak2 dibahagikan ikut kumpulan utk bina istana pasir. dan setiap
kumpulan ada cikgu yang akan incharge. amboi perkataan kau bukan main nak "incharge"

haaa.. aku rasa kompom aku menang, aku kan muda masih bertenaga dan berjiwa kreatif..
bukan main berlagak kau.
siap cakap, "group sy compom menang,tak yah la amik markah, penatkan hakim je"
ayat yakin yg penting

yg pasti ni bkn group aku.
aku tanya "pehal ada lidi2 ni"
diorg jawab "perhiasan" hahah sapa cikgu yg jaga korg ni haaa...  
kan aku cakap ak kreatif hahaha


korang nampak tak hasil group diatas ni, aku tak faham
ni istana ke perkampungan hobit
hahaha jangan marah cikgu yang bertanggungjawab kikiki

haa ni lagi satu lagi group
apo ni??? da mcm penjara aku nengok..
ni sapa cikgunya ni?? hahha kerja ak gelakkan je
nakal punya cikgu

yang ni da rupa karipap tak siap kenapa?
nampak kerja kau kritik je, sian anak2 ku dan cikgu2 nya

yang gorgeous ni mestila group aku kan bertemakan
"nasi lemak sambal kerang 4 bungkus"
cinonet je istananya, pagar bukan main. hahah tuh la kritik lagi org punya bagai

apa2 pun have fun sgt masa bina istana pasir, cikgu2 pun ada yang lari2 dok nyakat budak
aku lah terutamanya, maklum la darah muda.. kiki 
walaupun masing2 takde rupa istana bahagia

acara pengakhiran,
yang murid2 tunggu sgt.. main pantai. tapi masa ni air tgh nak pasang, jadi duduk hujung2 demi keselamatan budak2
maklumla cikgu lupa bawa bikini nak jadi baywatch
kalau pape jadi kat awak

sekian laporan dr cikgu tak terlatih untuk jadi pemberita

kesimpulannya, murid2 sgt happy masa lawatan ni.
diorg mmg suka bab2 keluar dr kelas jgn suruh pegang buku dah
memanjang muka monyok kalah awek merajuk sbb pakwe lupa beli burger
(perumpamaan apakah ini)


Tuesday 23 September 2014

patchwork 100% cotton

assalammualaikum.
 
cuti sekolah da habis...
tapi waktu cuti sempat la aku settle beberapa perkara
 
sempat ke??
hahaha
 
kakak sulung den suruh pilih corak yang cantik menarik debom habaq hang pa
coming soon okay
 
tapi biasa la ikut mata tanya hati la
tak semua org nampak corak patchwork cantik menarik debom kan
tapi ia mmg mudah dan terletak je kat katil
plus mampu dimiliki
 

hari sabtu hari tu sempat la jadi bodyguard emak
ke kenduri di bangi.
kalau ada bodyguard mesti ada driver kan
kak long den la drivernya tu
sorry long...
jangan sentap..
 
heeeeee comel je kotak telur rebus dia
and biskut gula as a doorgift
 
 
hari ahad plak ke jamuan hari jadi mak ngah.
pamily mak ngah mmg rajin2 belaka kalau bt makan2..
keluarga zuber selalunya memenuhi ruang la kan...
 
happy birthday mak ngah..
mcm biasa datang  dgn tgn  kosong dan perut kosong
malu ai nokss..
pembuka selera..
 
menu utama : mee rebus ke mee kari eyh
ntah la.. aku melantak je

kuih muih... nampak da ala2 high tea tau


suasana ketika jamuan

my big boss... abah steady ye

sesi potong kek
semangat tau mak ngah...
 

air apa ni oiii... janji sedap pasti bukan fresh oren.tu aku pasti
 
ok last aktiviti time weekends..
membeli bekalan utk masa depan.
memandangkan ak akan terus kan sesi pembelajaran dalam hidup aku
maka perlulah laptop.
dan terpaksa la membeli kerana yg lama sdh terkubur. 
hasil ke low yat dgn abg and his family
asus
tak pernah pun beli brand ni sepanjang hayat aku

kira ini yang pertama kali.
okay baby white, please make my life more easier after this.
coz u are my new  bffffff....
 
 
okay... choww lurhhh

Saturday 20 September 2014

trip lumut #day2

sambungan trip lumut #day1
 
memulakan hari dengan kejut budak2 (dan mcm mak2 dah haku, bgn pagi tak mandi kejut budak)
kitaorg tinggal di darul salam homestay . boleh rujuk sini ttg homestay ni.
pelajar lelaki tidur tingkat bawah, pelajar perempuan atas.
selesa sgt homestay ni. sesuai la utk bawa murid2 dlm jumlah 25-30 org.
 
 
start the day dengan mencari breakfast.
kitaorg gerak pepagi so mamak je la pun yg bukak.
tak kisah la, janji perut budak dan cikgu terisi.
then teus pergi ke TLDM.
aku first time nak jejak kaki. yelah, kalau takde reason lawatan mcm ni, mmg susah nak masuk TLDM ni. ye la dik nonn pangkalan tentera kot.
 
nak tahu lebih lanjut tttg TLDM korg google la ye. kiki
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA.
 
lawatan bermula dengan pergi ke pangkalan udara. dlm TLDM ni byk bahagian.tak semua boleh masuk and amik gambar sesuka hati ye. sila ikut arahan. tapi starting je cikgu da over.

ok cikgu da lupa apakah nama helipcopter ni. tapi yang pasti digunakan utk berperang..
tp setakat ni malaysia masih aman. ia digunakan utk rescue masa banjir or ada org lemas di laut dan seadanya.

ok, ni lawak.. murid sorg ni nak jadi pilot katanya kat engineer kopter ni.
leh org tu jawab, adik kena kuruskan badan dulu. hahaha sian anak cikgu yew. dia perli awk.
its okay, cikgu pujuk dengan tangkap gmbr hahaha

ok.. 1..2...3... posing sikit

ni je pun murid ladies. ada org perasan cikgu and anak murid sama tinggi. choiikannn

ini cikgu2 yg mengiringi murid. dok main soal2 dgn murid. ye lah lawatan sambil belajar kan.

ni aku pun tak tahu sesi apa da.... sesi suai kenal kot dgn abam TLDM ni

 
okay, habis ke pangkal udara kita pergi pangkal laut pulak. dr satu tempat nak ke satu tempat mmg berjalan jauh. mula2 cikgu didepan, lama2 cikgu dibelakang.lantak korang laaaa.. hahaha
rezeki kami dapat naik kapal HANG TUAH.. oii oiiiii lama giler kot kapal perang ni. masih berfungsi dan dlm keadaan baik.

pangkalan laut TLDM

 

sempat jugak aku snap tulisan ni.

sesi penerangan.. ke abam TLDM ni dok cite sesama diorg je.. amboi2
 
 

tangkap gambar beramai2, penat abam TLDM tangkap gmbr kitaorg. hahaha
bila sesi Q&A boleh plak sorg murid den kemukakan soalan
"sini boleh tangkap gambar?"
nampak !!
korg mmg over tau


okay ini salah satu komponen perang dlm kapal. meriam kot namanya, boleh berpusing 360 darjah
dan yg classic kena ada 3 org kemudi benda ni. and pergerakkan benda ni kayuh guna kaki.
giler old school. ni kalau amerika nak tembak ni, navy kita baru nak panjat naik da kena bom kedekom (apahal pelik bunyi letup aku)

bahagian tepi kapal

 

okay selesai lawatan di TLDM jum lunch lepas tu nak ke teluk batik

okay, di teluk batik kami membuat aktiviti terapi  berpasir utk budak2 ni. tapi aku nengok cikgu yg semangat.

nampak.. pantang aku pegang hp mesti nak suruh tangkap gambar diorg
nanti aku upload eyh hasil istana pasir mereka


okay selesai terapi pasir, kita terapi duit pulak.
next location kedai jamilah di lumut

beli jangan tak beli cikgu
 
last aktiviti utk hari tu adalah makan malam.
memang balik tu mandi and terus tido lepas kemas beg budak2 ni
penat lah haiii jalan TLDM
yg penting budak2 ni enjoy
diorg mana tahu penat.tau nak main je
 ok nanti sambung lagi trip lumut #day3