Sunday 28 September 2014

cikgu masakan vs ustazah pilihan

diamanahkan mengajar subjek masakan dan menjadi ustazah pilihan ni bagi aku satu tanggungjawab yang besar. amboi2 da start ayat retis. tak seperti sebelum ni aku diamanahkan menjadi cikgu muzik dan pendidikan moral. memang menari menyanyi je lah budak2 aku.

bab masak no hal, aicey ! 
aku mmg tak power kalau nak dilevelkan dgn chef doktor fazley tu
tapi takat masak, masakan harian aku rasa takde hal lah..

menu yang aku da mengajar untuk budak2 ni setakat ni :

1. roti telur( ni pun kat 2 minggu aku ajar, baru diaorg power.., kalau chef wan tgk nangis tgk budak OKU boleh masak roti telur)
2. biskut batik.
3. burger ayam
4. bancuh air milo/coktail
5. roti cheese 

ohhh.. baru 5 resepi cikgu turunkan rupanya.
asalkan korang happy and dapat makan free...
ni masa masak burger, bila tiba masa penggunaan pisau mmg aku akan double berjaga2.
nak potong timun,bawang,tomato,kobis bagai.
memang suara melambung tinggi.. 
jari cikgu luka takpe... jangan jari kamu 

sesi sapu planta di atas roti burger 

aku jugak memegang watak ustajah
antara tanggungjawab yg tak pernah terlintas dlm hidup aku untuk bergelar ustazah
alhamdullillah aku suka sgt murid2 panggil aku ustazah
rasa keibuan sangat
tapi bila suara tinggi da keluar..
ni bukan ibu ini dah hulk dah

dimulakan dengan pembelajaran mengambil wuduk.
mengambil masa 2 minggu utk mengajar mereka ttg wuduk. 
bab2 membatalkan, rukun2 wuduk, niat wuduk dll
maybe mereka tak secekap kita. setiap kali pembelajaran mesti ada je mereka lupa
mula2 aku marah, tp lepas marah
hehehe kan mereke OKU
tenang alifah

sesi amali solat di surau sekolah



kalau boleh sebelum aku berhenti
aku nak tgk anak2 murid aku ni pandai solat
boleh baca bacaan dalam solat
supaya nanti kat akhirat
aku taknak laaa diorg tarik tgn aku dr masuk syurga sebab tak ajar mereka solat semasa sekolah
biarlah mereka tarik aku ke syurga
mereka2 ni kebykkan ahli syurga
jgn lupa cikgu k nanti
kita masuk syurga sama2

  


No comments: