Sunday, 17 May 2015

sambungan cikgu tabika kemas

*** da mcm cerita berepisode versi bulanan plak aku ni***

orang kata usaha tangga kejayaan, aku pun try mohon nak masuk kemas, isi borang ketung ketang bagai, then hantar ke KEMAS negeri SELANGOR. then tunggulah jawapan, kalau rasa2 diorg suka tgk muka aku kat borang permohonan tu, diorg panggillah masuk terview.

tunggu hari demi hari... detik demi detik.. saat demi saat..
pihak kemas pun menghubungi aku utk pergi interview.. masa tu baru bgn tido.. kantoi tido petang hahahaha... mimpikah aku? sekali 2 3 hari pastu surat tawaran pun sampai rumah. 

ohhhh myy.... interview berpakaian sukan.. ni gerenti aku kena lari 2.5km.
so start dpt srt tuh, cewahhhh aku berazam jogging setiap hari tau... lari tak semegah... asyik berjalan je... pastu stdy sikit isu semasa... stdy sikit2 ttg KEMAS... 

sampai masa hari di IV, aku group pertama.. maklumlahh nama huruf AL kan.. 
habaq mai... bkn lari jogging2 yew.. diorg leh plak buat stress test.. perhhhhhhhhhh aku mmg cungap2 lah kan... xpela asalkan aku larikkk

pas fizikal test, baru la interview personal.. lepas habis IV boleh plak org yg interview tu ckp kat aku

"kalau tak berjaya, tahun depan cuba lagi"

gerenti aku xdpt la nih kannn... ada ke ptt kata gitu kat aku... tapi aku ttp happy sebb aku nyanyi sambil menari2 masa interview tu.. sbb ingat pesan mak "hang tak boleh malu, kalau depa srh menari.. menarilah.. kalau srh menyanyi.. menyanyilah...

ok setakat ni dulu kay... 

Sunday, 3 May 2015

XRAY ke CIKGU TABIKA KEMAS

Assalammualaikum ....

baca tajuk terus pening >.<
aku berkelulusan dalam bachelor in medical imaging but end up menjadi cikgu tadika?

masa hari konvo (credit pic ~ athira)

macam ke-laut je kan aku ni? but inilah dinamakan... rezeki itu rahsia Allah..
sejak kecik lagi aku tanam cita2 nak jadi cikgu, sebab mak aku cikgu kan.. haruslah nak ikut mak.. kata bff dgn mak.. nak ikut abah mcm tak mampu plak nak belajar audit akaun bagaikan. so, ikut mak to become a teacher. tapi bila da sambung belajar, mcm makin jauh plak bidang aku dgn perguruan. gila tak jauh.. XRAY kot... tapi dah rezeki masa belajar ke arah itu, aku lalui je lah, walaupun sbnrnya jiwa langsung takde.. belajar la gigih2... pernah lepas diploma aku apply UPSI, tapi still xde rezeki.. so continue jelah... bawa hati lara.. tapi aku xde lah memberontak, cuba selalu nangis je lepas exam, pastu call kak long ngadu aku xdpt jawab exam, risau kalau tak dapat A.. hahaha bukan risau gagal k.. risau tak dapat A.. kakak aku selalu kata aku poyo..

lepas habis belajar,aku dapat jadi cikgu pendidikan khas kat SMKPJ, dalam setahun macam tu.. masa ni mmg best, aku ajar murid2 OKU. ajar ahli syurga nak tension kenapa kan? pergi kerja pun rasa seronok.. mmg jiwa aku kan nak jadi cikgu

seronok je masa jadi cikgu OKU masa ni... miss this moment

masa aku jadi cikgu OKU ni, tiba2 kak dayah aku bising2 ttg KEMAS buka tawaran tuk jadi cikgu tabika sbb adik kawan dia dah jadi pun cikgu tabika kemas tuh. aku mcm eleh... mcm lah KEMAS nak amik aku yg bidang ke laut. tapi bila tgk syarat2 ia.. ohh tak kisah pun bidang apa la.. asalkan ada diploma yg diiktiraf dan ke atas. aku pun try apply..... (sambung next post) kikiki



Saturday, 25 April 2015

tabikaku


pejam celik.. pejam celik..
dah nak masuk bulan ke-dua aku berkhidmat kat tabika kemas psp (fru) di cheras..
mula2 cari tabika ni, tak la susah mana.. sebab betul2 tepi highway..
tapi kalau bab selok jalan2 ni memang aku gagal dr dulu..
but bila da seminggu dua.. yakin je drive sbb da tahu jalan.. pergi ibu pejabat kat bangi pun da tak sesat2.. syukran ALLAH

nih la tabika aku berkhidmat.. aicey nampak luar macam bosan je kan..
sebab tabika nih berkongsi dengan persatuan PERKEP..
bila berkongsi jadi pandai2 la hidup yew.. tapi dalam kelas mmg cantik la and sesuai dengan perkembangan anak2

"dont judge the book by cover"
ni masa sesi ubah suai, cikgu yg sedia ada ni mmg rajin and sgt membantu, 
aku just tambah2 sikit2 je.. sbb bahan yg sedia ada pun da byk and manfaat gitu

hah.. ini ruang yg cikgu waca bg tuk aku, walaupun masih baru tp da ada meja and kerusi sendrik, bukan maikan.. leh la feling2 bos.. hahaha

  
ini selepas sesi pengubahsuaian, alhamdullillah..
selesai jugakkan.. kemas da settle.. report je la yg aku belum settle and hantar kat pusat

aku suka tgk planet tuh, aicey.. poyo plak kan.. sendirk buat sendrik puji.. 
cuma orbitnya tak sempat lagi aku nak buat lg..

ni lah serba sedikit ttg tmpt kerja aku..
dunia baru aku..
pape nanti sambung lg k

#muahciket


Saturday, 18 April 2015

malu je nak type kan

assalammualaikum .....

rasa lama je tak menaip kat blog ni, dah setgh tahun dah oi.. ni pun aku segan2 je nak type kat keyboard ni.. bukan takat bersawang, rasanya spiderman, kluangman, cicakman, segala yg man..man... dah menetap kat blog aku ni.. well aku bukan sombong ke apa ke.. cuma aku just busy kejar dunia oiii.. hahaha dunia akhirat inn sya allah.. rasanya pasni dah pandai manage time, boleh la selalu menaip seperti dulu...


belanja 1 selfie sikit 
#muahciket